Penghargaan Dalam Kerjaya
Diantara penghargaan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang dalam kerjaya PDRM, antaranya:
* Pertukaran dari Cawangan Trafik ke Cawangan Narkotik (Detektif Narkotik) dan akhirnya sebagai Ketua Polis Balai ( KPB ).
* Dilantik sebagai Ketua Polis Balai Alor Setar pada tahun 1995 - 1997 dan seterusnya,
* Tahun 1997 - 2005 menjadi Ketua Polis Balai Kuala Kedah.
Sepanjang memikul tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Polis Balai Kuala Kedah yang mana keluasan kawasan pentadbirannya adalah 1.01 Hekter, dan terletak di antara laluan pintu keluar-masuk pelancong ke Pulau Langkawi balai ini pernah dinobatkan sebagai Balai Polis Contoh Negeri Kedah sebanyak dua kali berturut-turut, iaitu pada tahun 2000 dan 2003.
* Tahun 1997 - 2005 menjadi Ketua Polis Balai Kuala Kedah.
Sepanjang memikul tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Polis Balai Kuala Kedah yang mana keluasan kawasan pentadbirannya adalah 1.01 Hekter, dan terletak di antara laluan pintu keluar-masuk pelancong ke Pulau Langkawi balai ini pernah dinobatkan sebagai Balai Polis Contoh Negeri Kedah sebanyak dua kali berturut-turut, iaitu pada tahun 2000 dan 2003.
Pengiktirafan tersebut adalah berkat hasil penerapan displin serta komitmen yang berterusan kepada anggota, sehingga berjaya mengangkat nama Balai Polis Kuala Kedah yang terletak berhampiran jeti Kuala Kedah ini sebagai Balai Polis Contoh (Terbaik) dalam Negeri Kedah.
Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia khamis 1 Mei 2003.
Oleh Siti Mariam Md.Zain
Gambar Faizal Hassan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Turut disiarkan dalam StarMetro pada Khamis 1 May 2003
Oleh Embun Majid
Gambar G.C. Tan
Penghargaan Dalam Sukan
Antara pencapaian cemerlangan sepanjang terlibat secara serius dalam bidang sukan lebih 10 tahun sebagai pelumba basikal negara ialah muncul johan acara berpasukan dalam Sukan SEAP di Singapura(1973). Perak sukan Asia Bangkok (1970). Gangsa sukan Asian cycling Championship Singapura, dan Terpilih wakili negara ke sukan Olimpik pada tahun 1972 selainnya itu boleh dilihat disini.
Bermula pada tahun 1985 saya mula melatih pelapis antaranya, M.Kumaresn, Chan Chong Meng, Nasir Mohd. Nor, Khairul Fizal Hashim, Ishak Amin, C. Cheng Hai dan ramai lagi yang turut mengharumkan nama negara dipesada sukan dunia.
Exco,AJK,Pegawai dan Atlet Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman bergambar kenangan.
Bagi saya antara kerjaya sebagai seorang anggota Polis dan jaguh sukan lumba basikal pada masa dulu, kedua-dua mempunyai persamaan iaitu tanggungjawab yang berat dalam memastikan memberi perkhidmatan yang cemerlang demi negara yang tercinta.
cik omar,pdrm skang nie ada ke anggota yg main basikal neh.....
ReplyDelete