Tuesday, 23 August 2011

Penghargaan Dalam Karier dan Sukan

Penghargaan Dalam Kerjaya

Diantara penghargaan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang dalam kerjaya PDRM, antaranya:
* Pertukaran dari Cawangan Trafik ke Cawangan Narkotik (Detektif Narkotik) dan akhirnya sebagai   Ketua Polis Balai ( KPB ).
* Dilantik sebagai Ketua Polis Balai Alor Setar pada tahun 1995 - 1997 dan seterusnya,
* Tahun 1997 - 2005 menjadi Ketua Polis Balai Kuala Kedah.

Sepanjang memikul tanggungjawab dan amanah sebagai Ketua Polis Balai Kuala Kedah yang mana keluasan kawasan pentadbirannya adalah 1.01 Hekter, dan terletak di antara laluan pintu keluar-masuk pelancong ke Pulau Langkawi balai ini pernah dinobatkan sebagai Balai Polis Contoh Negeri Kedah sebanyak dua kali berturut-turut, iaitu pada tahun 2000 dan 2003. 

Pengiktirafan tersebut adalah berkat hasil penerapan displin serta komitmen yang berterusan kepada anggota, sehingga berjaya mengangkat nama Balai Polis Kuala Kedah yang terletak berhampiran jeti Kuala Kedah ini sebagai Balai Polis Contoh (Terbaik) dalam Negeri Kedah.

Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia khamis 1 Mei 2003.
Oleh Siti Mariam Md.Zain
Gambar Faizal Hassan.





 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Turut disiarkan dalam StarMetro pada Khamis 1 May 2003
Oleh Embun Majid
Gambar G.C. Tan







Penghargaan Dalam Sukan

Antara pencapaian cemerlangan sepanjang terlibat secara serius dalam bidang sukan lebih 10 tahun sebagai pelumba basikal negara ialah muncul johan acara berpasukan dalam Sukan SEAP di Singapura(1973). Perak sukan Asia Bangkok (1970). Gangsa sukan Asian cycling Championship Singapura, dan Terpilih wakili negara ke sukan Olimpik pada tahun 1972 selainnya itu boleh dilihat disini.

Bermula pada tahun 1985 saya mula melatih pelapis antaranya, M.Kumaresn, Chan Chong Meng, Nasir Mohd. Nor, Khairul Fizal Hashim, Ishak Amin, C. Cheng Hai dan ramai lagi yang turut mengharumkan nama negara dipesada sukan dunia.


 Exco,AJK,Pegawai dan Atlet Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman bergambar kenangan.





Bagi saya antara kerjaya sebagai seorang anggota Polis dan jaguh sukan lumba basikal pada masa dulu, kedua-dua mempunyai persamaan iaitu tanggungjawab yang berat dalam memastikan memberi perkhidmatan yang cemerlang demi negara yang tercinta.

Monday, 22 August 2011

Keluarga Saya


 Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, saya telah mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 1977 dengan pilihan hati saya iaitu Rohaya Bt. Chik.


  Perkahwinan yang berlangsung di Endau, Johor kini sudah memiliki lapan cahaya mata, dua lelaki dan enam orang perempuan, dan dua orang cucu hasil perkahwinan anak lelaki saya, Muhd sorhaizard.  Dari bawah sebelah kiri Sorherlyse, yang dipangku Irdina, Sorherly Natasya, Rohaya, Siti Hajar(menantu). Dari belakang sebelah kiri Shahrul Nisham(menantu), Sorhaizi, Sorhaiza, Muhd. Sorhairul Akmal, Sorhairul Zamzila, Sorhairien, dan Muhd. Sorhaizard.


       seorang lagi cucu yang tidak ada dalam foto ialah muhd irsyad

Pembedahan 2011

Pada 22hb 7 2011 saya telah menjalani satu pembedahan di Kedah Medical Center (KMC). Saya menjalani pembedahan Gallstone. Bagi yang tidak tahu tentang Gallstone ini, bolehlah klik disini. Semua persoalan anda akan terjawab.

Dapat di perhatikan beberapa keping gambar untuk tatapan.

sebelum pembedahan di lakukan


 setelah pembedahan selesai dilakukan seawal jam 9am hingga 11am





masih dalam keadaan tidak sedarkan diri

    batu yang terdapat didalam hempedu saya


Antara Koleksi Keratan Akhbar Sepanjang Pembabitan

Ketika pulang dari Sukan Olimpik 1972 Munich  Jerman Barat


                                         
berjaya memecah rekod lama(2jam 3minit 8saat) 1 jam 59 minit 20saat dengan mengeliling pulau pinang sejauh 50 batu
   

 antara pelumba basikal dalam pasukan Polis, tiada didalam gambar adalah, Ramli Hashim, Fazin Saad, dan Syed Abd Aziz.




antara sejarah pahit manis saya sebelum dan ketika menyertai sukan berbasikal


ketika saya dan Fazin Saad menjadi jurulatih bagi pasukan Polis (PDRM)

                                 
 
saya sedang memberi taklimat sebelum keluar menjalani latihan

     
 pada 1hb Julai 1977 saya berkahwin dengan Cik Rohaya yang juga merupakan anggota polis


Strolling Down Memory Lane (as National Rider)

12hb OKT 1949 - di lahirkan di Padang Hang, Kota Setar.Kedah.
Bersekolah di Maktab Mahmud hingga ke tingkatan tiga, kemudian menyambung  pelajarannya ke Aminah English School, Alor setar sehingga ke tingkatan lima.
1966 -  mula berjinak dengan perlumbaan basikal iaitu seawal usia 16 tahun. ( pertandingan bersempena hari Keputeraan Sultan Kedah) 
1967 - mulai mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan
1969 - berehat selama 6 bulan dari sebarang pertandingan apabila diterima memasuki perkhidmatan
 Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
-selepas peristiwa 13mei, mula bergiat berlatih secara bersendirian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bagi mempersiapkan diri sebelum sebarang perlawanan yang akan datang.
1970 - Pertama kali mewakili negara keperingkat antarabangsa (Asian Games) di Bangkok Thailand. memperoleh satu pingat perak dalam acara berpasukan
1971 - wakil negara ke sukan SEAP ke-6 di Kuala Lumpur. Memperoleh 2 pingat perak bagi acara 100km dan 180km acara berpasukan dan pingat gangsa bagi 180km secara perseorangan. 
1972 - wakil negara ke sukan Olimpik di Munich, Jerman Barat. 
1973 - wakil negara sukan SEAP ke-7 di Singapore memperoleh pingat emas berpasukan, dan sukan
Asian Championship Singapore(ACC) memperoleh satu pingat gangsa dalam acara lepas beramai-ramai
1974 - wakil negara Asian Games Taheran di Iran
1975 - wakil negara ke Sukan SEAP ke-8 di Bangkok dengan memperolehi satu pingat perak dalam acara trek kejar mengejar 4800m 
1976 - berehat kerana terbabit dengan tugas Kepolisian.(PDRM)
1977 - menamatkan zaman bujang dengan mengahwini Cik Rohaya Bt. Chik di Mersing, Johor.
1984 - melatih skuad PDRM,  dan masa yang sama juga dilantik menjadi Jurulatih elit Kebangsaan yang berpusat di Mannheimer Jerman Barat. 
1985 - melatih bagi skuad Sukan SEA ke-13 di Bangkok 
1986 - melatih bagi skuad Sukan Asia di Seoul dan Sukan Sea ke-15 di Kuala Lumpur
2005 - Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman sehingga sekarang
OKT 2005 - tamat dalam perkhidmatan Polis.
-selepas bersara sebagai S/Insp.Polis, saya melibatkan diri sepenuh masa sebagai Presiden Persatuan Berbasikal Negeri Kedah Darul Aman dan merangkap Pengurus Pasukan Jalanraya Kebangsaan Berbasikal Malaysia (kem Semabok Melaka) sehingga sekarang.

Saturday, 20 August 2011

TOKOH SUKAN-Dari Anak Tani Menjadi Pelumba Basikal Terkenal

Berita Minggu,Ahad,15 Februari, 1976 (15  Safar,1396)

Kalau sudah mempunyai bakat,di mana jatuh pun pasti dia tidak tenggelam.Pelumba basikal,Omar Saad,
contohnya.
     Dari seorang anak petani yang cuma bermandi tanah lumpur di sekitar kawasan bendang Gunung Keriang, Kedah, Omar sekarang mula terkenal di bidang lumbasikal tanahair.
     Sejak lapan tahun lalu, Omar telah mengecap beraneka masammanis pengalaman kesukanan -di dalam atau luar negeri. Dan padanya, pengalaman saja menjadi "guru terbaik.
     Menurut Omar, atas dorongan kawan-kawan seperti Manan Hashim, beliau mula tertarik belajar main basikal "racing" kira-kira di awal tahun 1967.
     Kebetulan waktu itu, Encik Shaharuddin Jaafar, Setiausaha Lumbabasikal Malaysia sekarang, bekerja di Kedah.Beliau adalah tenaga penggerak,pembimbing utama atas kemajuan Omar.
     Dalam satu pertandingan lumbasikal seluruh Kedah tahum 1967, Omar muncul di tempat keenam.
     Seorang yang "simble", Omar sebenarnya tidak begitu mengambil berat untuk terus bertanding. Tapi ramai kawannya mendesak: "bakat yang ada jangan disesiakan" kata mereka.
     Semangat Omar mula membara.Dan di tahun yang sama, beliau memasuki satu pertandingan lagi, bermula dari Alor Janggus mengelilingi Kedah. Kali ini peserta-peserta dari Hadyai,Thailand juga turut mengambil bahagian.
     Keputusannya, Omar menduduki tempat ketiga.
     "Saya paling seronok,maklumlah baru mula mendapat tempat yang agak baik," ujarnya.
     Menjelang tahun 1968, Omar tidak lagi menunggu desakan kawan-kawan. Tapi jiwa sendiri mendesaknya memasuki apa saja pertandingan.
     Omar mencuba kebolehannya di pertandingan menjelajah Malaysia, anjuran Persatuan Lumbasikal Malaysia kerana yang berjaya akan dipilih ke sukan Olimpik di Maxico.
      Dalam tiga peringkat pertandingan mengelilingi Pulau Pinang itu, Omar menduduki tempat ketiga.
      Di tahun itu juga (1968), beliau termasuk ke dalam senarai barisan pelumba Malaysia ke sukan Olimpik.
      "Syukur kepada Allah," katanya.
      Kegiatannya terbantut seketika di tahun 1969 kerana beliau menjalani latihan Polis di Pusat Latihan Polis Diraja, Kuala Lumpur.
      Pada penghujung tahun 1970, Omar bergiat semula. Dari waktu ini dia mula memasuki perlumbaan-perlumbaan antarabangsa.
      Sekembalinya dari sukan SAT di Bangkok 1971, Omar dapat pingat gangsa acara 200 kilometer lebuhraya dan pingat perak acara 100 kilometer.Manakala pada tahun 1972 pula, Omar sekali lagi terpilih ke Olimpik di Munich.
      Sekembalinya dari Munich,Omar terus ke sukan SAT di Singapura pada tahun 1973. Dalam acara 200 kilometer berpasukan, beliau berjaya menggondol pingat emas.
      Di tahun yang sama beliau terpilih memasuki "Asean Cycling" di Tokyo dan menjelajah seluruh Indonesia dan dia tahun 1974 pula, mewakili negara ke sukan Asia di Teheran.
      Bersekolah di Maktab Mahmud ,Alor Setar,Kedah sehingga tingkatan Tiga kemudian menyambung pelajarannya di Aminah English School, Alor Setar hingga tingkatan Lima, Omar mengakui konsentrasinya pada basikal lebih banyak darike pelajaran.
      Sebelum ini, ramai kawannya tidak menduga yang Omar Saad,anak seorang petani, berjaya mengharumkan nama negara ini di bidang lumbasikal.

                                                                                              oleh TAJUDDIN SAMAN