Berita Minggu,Ahad,15 Februari, 1976 (15 Safar,1396)
Kalau sudah mempunyai bakat,di mana jatuh pun pasti dia tidak tenggelam.Pelumba basikal,Omar Saad,
contohnya.
Dari seorang anak petani yang cuma bermandi tanah lumpur di sekitar kawasan bendang Gunung Keriang, Kedah, Omar sekarang mula terkenal di bidang lumbasikal tanahair.
Sejak lapan tahun lalu, Omar telah mengecap beraneka masammanis pengalaman kesukanan -di dalam atau luar negeri. Dan padanya, pengalaman saja menjadi "guru terbaik.
Menurut Omar, atas dorongan kawan-kawan seperti Manan Hashim, beliau mula tertarik belajar main basikal "racing" kira-kira di awal tahun 1967.
Kebetulan waktu itu, Encik Shaharuddin Jaafar, Setiausaha Lumbabasikal Malaysia sekarang, bekerja di Kedah.Beliau adalah tenaga penggerak,pembimbing utama atas kemajuan Omar.
Dalam satu pertandingan lumbasikal seluruh Kedah tahum 1967, Omar muncul di tempat keenam.
Seorang yang "simble", Omar sebenarnya tidak begitu mengambil berat untuk terus bertanding. Tapi ramai kawannya mendesak: "bakat yang ada jangan disesiakan" kata mereka.
Semangat Omar mula membara.Dan di tahun yang sama, beliau memasuki satu pertandingan lagi, bermula dari Alor Janggus mengelilingi Kedah. Kali ini peserta-peserta dari Hadyai,Thailand juga turut mengambil bahagian.
Keputusannya, Omar menduduki tempat ketiga.
"Saya paling seronok,maklumlah baru mula mendapat tempat yang agak baik," ujarnya.
Menjelang tahun 1968, Omar tidak lagi menunggu desakan kawan-kawan. Tapi jiwa sendiri mendesaknya memasuki apa saja pertandingan.
Omar mencuba kebolehannya di pertandingan menjelajah Malaysia, anjuran Persatuan Lumbasikal Malaysia kerana yang berjaya akan dipilih ke sukan Olimpik di Maxico.
Dalam tiga peringkat pertandingan mengelilingi Pulau Pinang itu, Omar menduduki tempat ketiga.
Di tahun itu juga (1968), beliau termasuk ke dalam senarai barisan pelumba Malaysia ke sukan Olimpik.
"Syukur kepada Allah," katanya.
Kegiatannya terbantut seketika di tahun 1969 kerana beliau menjalani latihan Polis di Pusat Latihan Polis Diraja, Kuala Lumpur.
Pada penghujung tahun 1970, Omar bergiat semula. Dari waktu ini dia mula memasuki perlumbaan-perlumbaan antarabangsa.
Sekembalinya dari sukan SAT di Bangkok 1971, Omar dapat pingat gangsa acara 200 kilometer lebuhraya dan pingat perak acara 100 kilometer.Manakala pada tahun 1972 pula, Omar sekali lagi terpilih ke Olimpik di Munich.
Sekembalinya dari Munich,Omar terus ke sukan SAT di Singapura pada tahun 1973. Dalam acara 200 kilometer berpasukan, beliau berjaya menggondol pingat emas.
Di tahun yang sama beliau terpilih memasuki "Asean Cycling" di Tokyo dan menjelajah seluruh Indonesia dan dia tahun 1974 pula, mewakili negara ke sukan Asia di Teheran.
Bersekolah di Maktab Mahmud ,Alor Setar,Kedah sehingga tingkatan Tiga kemudian menyambung pelajarannya di Aminah English School, Alor Setar hingga tingkatan Lima, Omar mengakui konsentrasinya pada basikal lebih banyak darike pelajaran.
Sebelum ini, ramai kawannya tidak menduga yang Omar Saad,anak seorang petani, berjaya mengharumkan nama negara ini di bidang lumbasikal.
oleh TAJUDDIN SAMAN
No comments:
Post a Comment